Penggunaan “Wallpaper” yang cerah pada Android boleh mengakibatkan kurang selesa pada mata ketika berada di suasana yang gelap, berikut kami kongsikan cara untuk mengurangkan tahap kecerahan gambar latar yang ditetapkan pada peranti pintar Android anda.
Pertama sekali maeuk ke menu Setting.
Kemudian pilih menu “Wallpaper and Style.”
Seterusnya cari menu “Apply Dark Mode to Wallpaper” dan aktifkan fungsi tersebut.
Maka anda akan dapati perubahan pada tahap “brightness” gambar latar yang anda tetapkan pada peranti tersebut.
Ianya mungkin kurang signifikan pada persekitaran yang cerah, namun ketika dipersekitaran yang gelap anda akan melihat perubahannya.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.