Sebagai pengguna rangkaian internet, melayari sesuatu laman web itu untuk menggunakan perkhidmatan dan mencari maklumat yang disediakan oleh pihak mereka adalah perkara yang mesti dilakukan.
Namun begitu, terdapat laman web yang mengambil peluang dengan meminta butiran alamat e-mel pengguna untuk memberikan notis pemberitahuan tentang maklumat dan perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh mereka.
Oleh yang demikian, tumpuan kita sering terganggu dengan notifikasi e-mel daripada pihak mereka dan timbul kerisauan alamat e-mel disalahgunakan.
Selain daripada butang unsubscribe, kini anda boleh tamatkan gangguan itu dengan cara ‘Delete all connections’.
Mula-mula, anda perlu buka aplikasi Google dan tekan ikon profil.
Seterusnya, masuk bahagian ‘Manage your Google Account‘ dan pergi ke bahagian ‘Security‘.
Tatal ke bawah sehingga anda jumpa bahagian ‘Your connections to third-party apps & services‘.
Di dalam halaman itu, anda akan dipaparkan dengan senarai aplikasi perkhidmatan dalam talian dan laman web dalam yang pernah diakses oleh akaun Google semasa.
Selepas itu, anda hanya perlu pilih pihak yang diingini dan tekan ‘Delete all connections you have with…‘.
Akhir sekali, ia akan memaparkan kesan selepas yang di mana merangkumi perkara di bawah sebelum meneruskan dengan pengesahan.
- Ketidakberkesanan akaun Google anda untuk menggunakan perkhidmatan daripada pihak tersebut.
- Data akses akaun Google semasa tidak akan dipadam melainkan penggunanya pergi ke laman web itu sendiri.
{suggest}