Siapa sangka aplikasi iMessage pada iPhone bukan sekadar untuk menghantar pesanan, malah ianya juga boleh digunakan sebagai platform untuk bermain permainan atas talian bersama kan – rakan yang lain. Kepada anda yang masih belum tahu akan fungsi tersebut, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali pastikan aplikasi iMessage anda telah diaktifkan pada iPhone, iaitu dengan mengaktifkannya pada bahagian Setting.
Seterusnya buka aplikasi iMessage dan Tap pada menu New Message.
Kemudian Tap pada menu Appstore dibahagian paparan kekunci.
Pilih See All untuk melihat keseluruhan pilihan permainan.
Pasang aplikasi permainan yang anda berminat.
Setelah siap dipasang buka permainan tersebut.
Untuk bermain bersama rakan – rakan, pastikan peranti mereka telah dipasang dengan permainan yang sama dan tap pada ikon PlayFriend.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.