Sudah beberapa kita berpuasa dan pastinya tak lama lagi kita terkejut betapa pantasnya masa berlalu — esok dah raya. Jadi, sini kami kongsikan cara bayar zakat fitrah secara online melalui aplikasi MAE.
Cara bayar zakat melalui MAE
- Buka MAE.
- Tekan Maybank2U.
- Pilih mana-mana akaun.
- Pilih Pay Bills. Masukkan kata laluan.
- Pilih Zakat.
- Pilih badan zakat dan pilih jenis zakat iaitu zakat fitrah. Tekan Continue.
- Pilih jenis beras, masukkan jumlah tanggungan anda, dan untuk siapa anda bayarkan. Tekan Continue.
- Masukkan nombor telefon.
- Pilih akaun, lafaz dan tekan Pay Now.
- Tekan Approve.
Selesai.
{suggest}