Tahukah anda bahawa iPhone yang menjalankan iOS 15 ke atas mempunyai ciri ‘Hearing’ yang membolehkan untuk memainkan bunyi ‘background’ persekitaran?
Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan kerja sehingga sampai suatu masa, rasa rindu nak pergi bercuti di pantai untuk dengar bunyi laut yang menenangkan.
Melalui ciri ‘Hearing’ ini, tanpa perlu pergi ke pantai, anda sudah boleh dengar bunyi laut pada iPhone anda.
Begini caranya.
Cara aktifkan ‘Hearing’ pada iPhone
Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ dan klik ‘Control Centre’.
Langkah 2: Aktifkan ‘Hearing’.
Langkah 3: Luncur ‘Control Centre’ dari bahagian atas kanan, kemudian klik ikon ‘Hearing’.
Langkah 4: Klik ‘Background Sounds’ di bahagian bawah skrin untuk aktifkan.
Langkah 5: Pilih bunyi persekitaran yang ingin didengar.
Anda kini boleh dengar bunyi ‘background’ pada iPhone anda.
Semoga dapat membantu menenangkan jiwa mendengarnya!
Baca juga: