Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Canon Teruskan Inisiatif Bimbing Dalam Bidang Fotografi Dan Videografi

Posted on Januari 6, 2023

Canon telah melancarkan program kedutaan sejak April 2020 untuk mewujudkan generasi pencipta kandungan dan pengkarya imej yang seterusnya.

Program ini telah berlangsung di seluruh negara melalui bimbingan profesional dengan menggunakan produk Canon EOS.

Sempena tahun baru, sebuah inisiatif telah diperkenalkan oleh Canon iaitu EOS Master yang melibatkan barisan jurukamera yang dipilih secara eksklusif.

Majlis menandatangani perjanjian ini diadakan di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall pada 5 Januari yang lepas.

Ia melibatkan 19 ahli untuk program tersebut di mana kesemuanya akan memainkan peranan untuk melatih dan memupuk bakat-bakat tempatan dalam industri kreatif.

19 ahli tersebut telah dipilih secara teliti berdasarkan pengalaman serta daya penarikan mereka untuk melangkaui sempadan kemahiran penceritaan visual.

Beberapa aktiviti akan dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini seperti bengkel, seminar, dan pameran untuk semua peringkat kemahiran.

{suggest}

Tujuan program ini bukan sahaja untuk memberi peluang untuk mereka yang ingin meningkat kemahiran dalam videografi dan fotografi semata.

Malah, program ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kerelevan jenama Canon di kalangan jurugambar serta pencipta kandungan.

Untuk sebarang maklum lanjut atau ingin menyertai program Canon EOS Master, pengguna boleh mengikuti halaman rasmi Canon serta media sosial mereka seperti Facebook dan Instagram.

Sumber: Siaran Akhbar Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress