Shopee kini mengumumkan pengguna akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.5% melalui pilihan pembayaran Buy Now Pay Later (BNPL) di SpayLater, berkuat kuasa pada 17 Oktober 2022.
{suggest}
Melalui BNPL, pengguna Shopee boleh membuat pembelian dengan segera dan membayar pada bulan berikutnya.
Sebelum ini, tiada sebarang caj pemprosesan yang dikenakan bagi pilihan pembayaran BNPL secara one-off atau sekali gus. Bagaimanapun, dengan perubahan terbaharu ini, pengguna akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.5% sebulan ke atas jumlah pembayaran atau pesanan.
Sementara itu, bagi pembayaran ansuran selama 2 hingga 12 bulan pula kekal dengan caj pemprosesan sebanyak 1.5%. Ini bermakna, semua pilihan pembayaran SPayLater kini dikenakan caj pemprosesan yang sama iaitu sebanyak 1.5%.
Sama seperti sebelumnya, akaun SPayLater akan dibekukan jika lewat membuat pembayaran dan semua pilihan pembayaran SPayLater akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak RM10 untuk mengaktifkan semula akaun.
Sumber: Shopee SPayLater