Sejak kebelakangan ini, pastinya ramai pengguna iPhone yang perasan mengenai bunyi ‘kicauan’ ketika scroll atau menatal Facebook. Apa yang terjadi sebenarnya?
{suggest}
Melalui platform X, Pengarah Komunikasi di Meta Andy Stone mengesahkan isu teknikal yang menyebabkan bunyi kicauan itu. Menurutnya, Meta ketika ini dalam proses untuk membetulkan isu berkenaan.
Hearing a chirping noise while scrolling through your Facebook Feed on your iPhone? It’s not you, it’s us! And it’s an unfortunate technical error that we're in the process of fixing.
— Andy Stone (@andymstone) February 13, 2024
Sekiranya masih mendengar bunyi kicauan tersebut, pengguna boleh menggunakan alternatif lain untuk mematikannya buat sementara waktu.
Caranya, buka aplikasi Facebook dan klik pada tiga garisan di hujung kanan. Kemudian, tekan pada Settings & Privacy > Settings > Media > In-app Sound dan matikannya.
Sumber: Andy Stone, via LadBible