Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MySukarela, Aplikasi Sukarelawan Pertama Malaysia Dilancarkan

Posted on Disember 6, 2021Disember 6, 2021

Bulan Sabit Merah Malaysia telah melancarkan aplikasi MySukarela yang mana ia merupakan sebuah platform satu henti (one-stop). Aplikasi ini membolehkan semua rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri untuk aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh NGO.

Aplikasi MySukarela mendapat kerjasama daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Gerakan dan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Antarabangsa, dan The Asia Foundation.

Aplikasi ini turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin terus menjadi sukarelawan pada bila-bila masa sahaja.

Menerusinya juga, mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri kepada NGO yang memerlukan dengan memilih lokasi dan masa yang mereka inginkan.

Dibawah merupakan cara mudah untuk anda mendaftarkan diri.

Langkah 1 (buka aplikasi)
Langkah 2 pilih daftar akaun
Langkah 3 isi butiran anda
Langkah 4 Isi butiran selanjutnya
Langkah 5 Pilih acara
Langkah 6 pilih dan lihat semula butiran event

 

Aplikasi MySukarela ini sudah boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.

Sumber: Siaran Akhbar Bulan Sabit Merah Malaysia

Baca juga:

  • Anda Kini Boleh Bayar Bil Dan Lain-Lain Guna Aplikasi SELANGKAH
  • Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G

  • Hanya 4 Negeri Ini Masih Ada 3G Maxis

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress