Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bukan 8K, Tapi YouTuber Ini Cuba Main Genshin Impact Pada Resolusi 13K

Posted on November 3, 2022November 4, 2022

Seorang YouTuber dengan nama Golden Reviewer telah menguji game Genshin Impact dalam tetapan grafik yang ‘tidak masuk akal’.

Beliau telah memuat naik satu video pengujian Genshin Impact pada resolusi 13K yang banyak dibantu oleh GeForce RTX 4090.

Spesifikasi PC yang digunakan beliau untuk menjayakan pengujian itu adalah seperti di bawah ini:

  • Intel Gen Core i7-10700KF
  • Asus Prime Z490-P motherboard
  • 64GB Corsair Vengeance LPX DDR4-3200 RAM
  • MSI GeForce RTX 4090 GAMING X TRIO 24G GPU
  • Samsung SSD 970 EVO Plus 2TB

Dalam video yang dimuat naik beliau itu, purata kadar bingkai per saat yang dicapai adalah sekitar 30fps. Genshin Impact mempunyai satu ciri dimana pemain boleh menangkap layar (screenshot) game itu.

Disebabkan resolusinya pada 13K, saiz gambar tangkap layar itu melebihi 80MB. Tetapi, kualiti zum yang diterima sangat menakjubkan biarpun setiap gambar itu saiznya hampir sama seperti video dengan resolusi 480p ke atas.

{suggest}

Genshin Impact adalah sebuah permainan video dunia terbuka dengan sokongan pelbagai platform dan merupakan pemenang The Game Award for Best Mobile Game bagi tahun 2021.

Sumber: wccftech 

Gambar utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress