Baru-baru ini, Google didapati sedang melancarkan reka bentuk antara muka terbaru untuk aplikasi Google Play Store kepada beberapa pengguna telefon pintar Android secara berperingkat.
Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna yang terlibat dengan pembaharuan ini didapati akan mengalami kehilangan bar carian untuk mencari aplikasi-aplikasi yang diingini.
Gambar di atas adalah paparan antara muka Google Play Store yang terbaru daripada peranti Pixel Fold. Bar carian yang sepatutnya berada di bahagian atas bersebelahan dengan ikon loceng pemberitahuan didapati hilang.
Antara cara yang dicadangkan adalah menekan salah satu aplikasi di bahagian “Suggested for you” dan tekan ikon bar carian di bahagian atas halaman aplikasi itu.
Bukan sahaja untuk peranti Pixel Fold, pengguna telefon pintar biasa seperti AssembleDebug turut mengalami perubahan aplikasi Google Play Store seperti di bawah.
Mereka yang terlibat dengan pembaharuan ini perlu menekan sebanyak dua kali di bahagian ikon Search di bahagian bawah dan bar carian di bahagian atas halaman carian.
{suggest}
Sumber: 9to5Google