Doctor Web, syarikat anti-virus yang menyediakan perlindungan menyeluruh untuk peranti Android, menyimpulkan supaya pengguna telefon pintar Android membuang aplikasi seperti Super Skibydi Killer, Love Emoji Messenger, Financial Fusion atau mana-mana aplikasi yang disenarai hitam oleh mereka dengan segera.
Hal ini kerana Doctor Web telah mengenal pasti beberapa aplikasi Android dengan lebih 2 juta pemasangan yang menyamar sebagai aplikasi permainan dengan identiti sebenarnya adalah adware.
Salah satu penjenayah terbesar yang telah dikenal pasti adalah Super Skibydi Killer dengan pemasangan lebih daripada 1 juta. Aplikasi ini menggunakan ikon skrin utama yang telus atau kelihatan seperti penyemak imbas Google Chrome untuk memperdaya pengguna dengan menekan ikon tersebut.
Selepas itu, kuda trojan itu akan melancarkan aplikasi dan dalam masa yang sama aktiviti mereka beroperasi di latar belakang.
Namun begitu, aplikasi ini telah dibuang daripada Google Play Store. Antara aplikasi trojan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti ini adalah Agent Shooter, Rainbow Stretch dan Rubber Punch 3D.
Selain itu, aplikasi seperti GazEndow Economic, MoneyMentor, FinancialFusion dan Financial Vault juga merupakan aplikasi palsu yang dikenali sebagai aplikasi yang menguruskan perisian kewangan untuk perdagangan saham dan perakaunan rumah tetapi mempunyai identiti sebenar yang menarik orang untuk menjadi pelabur.
{suggest}
Sumber: PCMag