Penyelidik keselamatand ari SecneurX telah menyenaraikan sejumlah aplikasi android popular yang didapati membawa pelbagai jenis perisian hasad.
Antara perisian-perisian hasad yang disenaraikan itu termasuklah Joker, Autolycos dan Harly.
Ciri-ciri utama keupayaan perisian hasad ini pula adalah seperti mencuri maklumat sensitif seperti bukti kelayakan log masuk, nombor kad kredit dan maklumat peribadi, menyebarkan pula ke peranti lain pada rangkaian, menyebabkan gangguan yang meluas, mengakses akaun bank, membuat pembelian tanpa kebenaran, atau memindahkan wang daripada akaun mangsa, boleh memantau aktiviti mangsa, mengambil tangkapan skrin, merakam kekunci atau menggunakan kamera dan mikrofon peranti tanpa mangsa sedari dan banyak lagi.
Berikut adalah senarai aplikasi yang terjejas berserta jenis perisian hasad yang dijangkiti dan jumlah aplikasi itu sudah diulang muat turun:-
- Logo Design Maker – Joker – +1000
- Funny Emoji Keyboard – Joker – +10,000
- Animal Doodle Drawing – Joker – +5000
- Paper Paint – Autolycos – +10,000
- Dexterity QR Scanner – Joker – +500
- Heart Rate Monitor – Joker – +500
- Fun Paint & Coloring – Harly – +10,000
- Beauty Christmas Songs – Joker – +1000
- Epica Gamebox & Hub – Harly – +10,000
- Magic Face AI – Joker – +1000
- Love Sticker – Joker – +1000
- HD Screen Mirroring – Joker – +0
- Phone to TV – Joker – +1
- Photo Voice Translator – Joker – +1000
- Effect Voice Changer – Joker – +0
- Quick PDF Scanner – Joker – +0
- Easy Voice Change – Joker – +0
- Fast Language Translator – Joker – +500
- Perfect Face Swap – Joker – +5000
- Effects Photo Editor – Joker – +1000
- Super Emoji Editor & Sticker – Harly – +10,000
- Blue Voice Changer – Harly – +10000
- Cool Screen Mirroring – Joker – +10,000
- Phone Cleaner Lite – Joker – +5000
- Digital Clock – Always display – Autolycos – +100
- Live Wallpaper – HD 3D/4D – Autolycos – +500
- Grape Camera & Photo Editor – Harly – +5000
- Blood Glucose Recorder – Joker – +100
- Clever Clean – Batter Saver – Harly – +500
- Album Live Wallpaper & Theme – Harly – +1000
- Shortcut Screen Mirroring – Joker – +5000
- Mind Message – Joker – +1000
- Advanced Cast Screen – Joker – +500
- Coloring Painting – Joker – +1000
Jadi sekiranya anda ada memuat turun aplikasi-aplikasi yang disenaraikan di atas, bolehlah anda membuangnya dengan segera dari peranti.
{suggest}
Sumber: SecneurX