Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bosan Dengan Tema Asal Discord? Jom Tukar Tema Baru

Posted on November 17, 2021November 17, 2021

Jika anda pengguna aplikasi Discord dan anda sudah mula bosan dengan tema tetap pada aplikasi Discord anda, anda boleh menukar tema aplikasi tersebut dengan cara mudah ini.

Pertama sekali, cari “BetterDiscord” melalui pelayar anda.

Kemudian, klik muat turun (download).

Selepas muat turun, anda pasangkan (install) pada kumputer anda.

Pilih ‘Discord’.

Selepas install, anda kembali semula kepada BetterDiscord dan klik pada ‘Theme’.

Pilih tema kesukaan anda dan klik muat turun. Selepas muat turun, pergi ke Setting > Theme dan klik ‘Open Themes Folder’. Pindahkan fail tema yang anda muat turun kedalam folder tersebut.

Selepas pindahkan fail, akan muncul pilihan pada ruang tema. Langkah terakhir adalah anda hanya perlu tekan butang untuk menggunakan tema tersebut.

Diharap dengan kongsian ini, anda dapat menceriakan Discord anda dengan mengaplikasikan tema kesukaan anda. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress