Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Boom Dah Ada Pembangun Enjin Jet Untuk Pesawat Komersil Terpantas Di Dunia

Posted on Disember 15, 2022Disember 15, 2022

Boom Supersonic, syarikat yang membina pesawat terpantas di dunia generasi baharu telah mengumumkan bahawa Symphony iaitu sistem pendorongan baharu yang direka dan dioptimumkan untuk pesawat supersoniknya, Overture.

Boom juga mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan tiga peneraju industri untuk membangunkan Symphony termasuklah Florida Turbine Technologies (FTT) untuk reka bentuk enjin, GE Additive untuk perundingan reka bentuk teknologi aditif, dan StandardAero untuk penyelenggaraan.

Florida Turbine Technologies adalah unit perniagaan dari Kratos Defense & Security Solutions, Inc. yang mempunyai kepakaran dan bertanggungjawab untuk reka bentuk enjin supersonik F-119 dan F-135 yang menjana kuasa bagi pesawat F-22 dan F-35.

Symphony bakal menjadi nadi kepada Overture yang mampu membawa penumpang seramai 65 sehingga 80 orang.

Kelajuan tertinggi yang boleh dicapainya pula adalah selaju Mach 1.7 (2,080Km/j).

Kelajuan itu dicapai menerusi tujahan dari 4 enjin jet Symphony yang dipasang 2 unit di bahagian sayap kiri dan kanan.

Produksi Overture akan bermula dalam tahun 2024 nanti dengan ujian penerbangan pertamanya dijadualkan akan dilakukan dAlam tahun 2026 nanti.

Overture dijangka akan beroperasi sepenuhnya sebagai pesawat penumpang komersil dalam tahun 2029 akan datang.

{suggest}

Sumber: Boom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress