TCL yang merupakan pengeluar televisyen pintar yang juga berada dalam pasaran telefon pintar dan juga tablet mengumumkan jualan 11.11 yang akan berlangsung dari 11 hingga 12 November.
TCL bakal menawarkan diskaun untuk telefon pintar mereka termasuk model terbaharu TCL 40 Nxtpaper. Promosi terhad ini menawarkan diskaun kepada pelanggan sehingga RM200 untuk model telefon pintar yang terpilih beserta dengan hadiah percuma.
Selain itu, pembelian model TCL 40 Nxtpaper akan diberikan Beg Jute dan baucar KFC yang eksklusif.
Untuk meraikan meraikan pelancaran TCL 40 Nxtpaper serta mempamerkan ciri-ciri lain model tersebut, pihak TCL akan melakukan jerayawara di kawasan Concourse Plaza Lowyat bermula 6 hingga 12 November.
Pelanggan yang melawat jerayawara tersebut bukan sahaja berpeluang melihat teknologi daripada TCL secara berhadapan, tetapi juga berpeluang menerima piala Coca-Cola edisi krismas bernilai RM199 dengan setiap pembelian model TCL 40 Nxtpaper.
Oleh itu, sekiranya anda berada di kawasan berhampiran, bolehlah mengunjungi Plaza Lowyat bermula hari ini sehingga 12 November.
Beli peranti TCL di:
Shopee – https://invl.io/clk7mml
Lazada – https://invol.co/clk7mmn
{suggest}
Sumber: Siaran Media TCL