Bersempena dengan 4.4 Shopee Brands Festival, Black Shark menawarkan beberapa produk mereka dengan potongan harga sehingga 30%. Antara produk yang ditawarkan dengan potongan harga adalah telefon pintar, powerbank dan beberapa aksesori gaming.
Tawaran ini bermula 20 Mac sehingga 4 April 2020. Jika anda berminat, boleh layari laman rasmi e-dagang Black Shark di Shopee. Senarai produk yang ditawarkan seperti di bawah disertakan dengan pautan platform Shopee.
- Black Shark 2 Pro (12GB + 256GB) – RM 2,844 (Harga asal RM 2,999)
- Black Shark 2 (8GB + 128GB) – RM 1,459 (Harga asal RM 1,899)
- Black Shark Quick Charge Power Bank – RM 105 (Harga asal RM 119)
- Black Shark 2 Pro Gaming Case – RM 49 (Harga asal RM 59)
- Black Shark 2 Slide-Out Protective Case Special Edition Honkai Impact 3 – RM 49 (Harga asal RM 59)
Selain itu, anda juga berpeluang menebus baucar dari Black Shark menerusi platform Shopee.