Xiaomi telah merasmikan pertandingan 2023 Xiaomi International Theme Competition untuk menarik lebih ramai bakat-bakat dalam mencipta tema MIUI untuk pengguna Xiaomi di serata dunia.
Sertai Pertandingan Xiaomi Dan Berpeluang Memenangi USD13,000
Untuk pengetahuan anda, setiap hari, beribu-ribu tema baharu yang diciptakan dan dimuat naik oleh pereka profesional mahu pun peminat Xiaomi.
Bermula 28 Julai hingga 1 November ini, anda yang berminat boleh menyertai 2023 International Theme Competition. Anda boleh menyertai dengan mereka dan mencipta tema MIUI dengan secantik dan sekreatif yang mungkin.
Selepas selesai, anda boleh menghantar hasil karya tema anda itu melalui pautan di bawah:
https://zhuti.designer.intl.xiaomi.com/theme-competition-2023-outer/home
Undian dan penilaian akan bermula pada 1 November hingga 28 Disember nanti. Dan seterusnya, pemenang pertama akan diumumkan dan membawa pulang hadiah USD13,000 (~RM59,160).
Menariknya lagi, semua tema yang memasuki pertandingan ini nanti akan boleh dimuat turun oleh pengguna.
Beli Peranti Xiaomi Di Shopee: https://invl.io/cljf3us
Beli Peranti Xiaomi di Lazada: https://invol.co/cljf3vb
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi