Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bermula 11 Februari, Tidak Perlu Lagi Mengimbas Suhu Badan

Posted on Februari 9, 2022

Sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk mengeluarkan keperluan wajib mengimbas suhu dari SOP jika mahu memasuki premis.

Terkini, kerajaan baru sahaja mengumumkan perkara ini bekuat kuasa bermula 11 Februari 2022.

Mengenainya, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera sahaja untuk memasuki sesuatu premis.

Tambahan juga, bermula tarikh sama juga, tiada lagi keperluan untuk buku rekod pelawat.

Sejak 2020, imbasan menyemak suhu adalah merupakan satu SOP wajib disebabkan suhu yang tinggi adalah sebahagian simptom pesakit Covid-19.

Namun disebabkan varian virus yang bermutasi dan simptom yang berbeza, suhu tinggi bukan lagi menjadi kriteria utama dalam mencari individu berpotensi dijangkiti Covid-19.

Kerajaan juga mungkin akan mengubah semula SOP selaras dengan perkembangan perubatan dan saintifik terkini untuk mengekang virus ini.

Sumber: Hishamuddin

Baca juga:

  • Xiaomi Jadi Jenama Telefon Pintar Pilihan Rakyat Malaysia Bagi Tahun 2021
  • Acara Samsung Galaxy Unpacked Bakal Diadakan Dalam Metaverse
  • Google Play Store Terima Kemas Kini Baru, Ini Cara Mengemas Kininya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress