Peniaga-peniaga di TikTok Shop akan dikenakan yuran komisyen sebanyak 2% bermula 1 Mac 2023. Ia hanya tertakluk pada pesanan yang berjaya saja dan tidak dikenakan jika pesanan dibatalkan atau dipulang semula.
Dicampur cukai, caj ini akan menjadi 2.12% pada resit kelak.
Misalnya, harga barang dijual ialah RM100. Tolak baucar, katakanlah ia jadi RM90.
Dengan caj komisyen, peniaga perlu membayar TikTok sejumlah 2.12% daripada RM90 iaitu sebanyak RM1.91.
{suggest}
Yuran komisen akan dikembalikan kepada penjual untuk pesanan pemulangan (return order). Untuk pesanan yang dipulangkan sebahagiannya, ia akan dikembalikan berdasarkan barang yang dipulangkan.
Sumber: TikTok