Sempena kolaborasi syarikat alatan elektronik, MSI, bersama pasukan lumba kereta Mercedes-AMG Team Craft-Bamboo pada awal tahun 2023, MSI Malaysia kini ingin memberi hadiah tiket ke perlumbaan Intercontinental GT Racing di Australia yang akan berlangsung dari 16 hingga 19 Februari 2024.
Antara syarat yang dikenakan hanyalah anda perlu membeli barangan MSI di gedung rasmi dalam talian mereka dari 26 Disember 2023 hingga 21 Januari 2024.
Selain itu, patuhi beberapa syarat lain yang disertakan dalam pautan INI.
Antara barangan MSI yang diperlihatkan sempena giveaway ini adalah:-
Monitor Gaming MSI MAG401QR 40 Inci
Monitor ini dilengkapi dengan kadar segar semula 155Hz dan disertakan sekali ciri KVM serta sambungan USB jenis C. Harga jualan adalah RM1,999 untuk satu unit.
Monitor Gaming 4K MSI MAG 274UPF 27 Inci
Dengan harga jualan RM2,399, monitor ini menawarkan kualiti video 4K dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar tindak balas 1ms.
Set Bajet Gaming
Dalam set ini, MSI menawarkan pembelian tiga produk yang terdiri daripada skrin monitor G274QPF-QD dan PRO MP161 serta set papan kekunci dan tetikus VIGOR GK30 COMBO dengan harga RM2,400.
Set Gaming PC
Akhir sekali, MSI menawarkan beberapa set gaming PC dengan harga permulaan iaitu RM1,888 yang akan meliputi segala kelengkapan perkakas seperti papan induk, kad grafik, bekas PC dan lain-lain. Sila layari pautan INI untuk lihat senarai tawaran set gaming PC MSI Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai perlumbaan Intercontinental GT Racing ini, sila layari laman web Bathrust 12 Hour.
Beli produk MSI di Shopee, Lazada dan MSI Mystore.
{suggest}
Sumber: Siaran Media MSI Malaysia