Baru-baru ini, MSI telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama syarikat penciptaan permainan dari Jepun, Capcom Co., Ltd. yang telah melancarkan permainan terbaru mereka pada 22 Mac 2024, iaitu Dragon’s Dogma 2.
Sehubungan dengan itu, pihak MSI telah menawarkan hadiah yang berupa permainan Dragon’s Dogma 2 secara percuma bagi setiap pembelian monitor gaming yang terpilih seperti di bawah.
Untuk pengetahuan anda, Dragon’s Dogma 2 adalah sebuah permainan PC yang bergrafik tinggi jenis RPG yang membolehkan pemainnya mengembara, bertarung serta meneroka dunia mistik yang terbuka dan ia terjual pada harga RM328 di platform Steam.
Kepada individu yang ingin menebus permainan ini, anda hanya perlu menangkap gambar produk monitor terpilih yang telah dibeli beserta nombor siri monitor.
Kemudian, hantar gambar tersebut di Member Center MSI. Kod Steam akan dihantar melalui e-mel jika terma dan syarat tebusan telah lengkap.
Beli produk monitor gaming MSI di:
Shopee – https://invl.io/clks39w
Lazada – https://invol.co/clks3a6
{suggest}
Sumber: Siaran Media MSI