AMD telah melancarkan Ryzen Game Bundle yang menawarkan anda susulan (sequel) kepada Fallen Order iaitu Star Wars Jedi: Survivor dengan percuma dengan pembelian siri pemprosesan Ryzen 7000 yang terpilih.
Bagaimana untuk menyertai?
Bermula hari ini hingga 1 April, setiap pembelian CPU AMD siri Ryzen 7000 yang terpilih di bawah akan menerima kod penebusan untuk game Star Wars Jedi: Survivor.
Kod tersebut boleh digunakan untuk menebus atau mendapatkan game tersebut secara percuma di laman sesawang rasmi AMD. Tidak lupa juga pembeli boleh menebus game tersebut sehingga 6 Mei, 2023.
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar AMD