Pada awal bulan September yang lepas, pihak Google telah menyatakan tentang ciri terbaru YouTube yang masih dalam fasa eksperimen di paparan YouTube Help. Ciri itu dipanggil YouTube Playables.
Berdasarkan pemberitahuan di atas, Google menekankan bahawa ciri ini boleh dimainkan secara langsung di laman YouTube sama ada melalui peranti dekstop ataupun telefon pintar. Seterusnya, perjalanan permainan yang dimainkan akan disimpan di dalam YouTube History.
Kini, pendekatan yang jelas tentang ciri ini telah dapat dilihat oleh beberapa pengguna YouTube Premium yang tersenarai dalam fasa percubaan. Juga turut disiarkan di dalam platform media sosial X mereka beberapa tangkap layar antara muka Youtube Playables.
YouTube has launched games [YouTube Playables], and it kind of feels like most of them are the same as those from Facebook
👀 pic.twitter.com/T4ELt7khCt
— Aravind Venugopal (@AravindV1444) November 18, 2023
Ciri ini dilihat boleh dicuba sehingga bulan Mac tahun depan dan ia mungkin akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2024.
Jika anda merupakan pengguna YouTube Premium dan berminat untuk mencuba ciri ini di fasa percubaan, anda boleh klik pautan ini untuk ketahui sama ada anda tersenarai ataupun tidak.
{suggest}
Sumber: Android Authority