Selepas OPPO melancarkan siri OPPO Reno11 pada 23 November 2023 yang lalu, kini ia bakal tiba di Malaysia untuk pra-tempah dengan beberapa tawaran menarik bermula 28 Disember 2023 sehingga 10 Januari 2024.
Selama tempoh promosi pra-tempah ini berlangsung, tawaran hadiah bernilai RM576 akan dapat dinikmati oleh para pembeli yang telah membuat bayaran deposit.
Berikut adalah senarai tawaran yang disediakan.
10 pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai pembelian secara pra-tempah dan berpeluang untuk berjumpa dengan Amelia Henderson dan Jovane PJY sewaktu penghantaran tiba.
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi spesifikasi penuh bagi kedua-dua peranti tersebut. Mungkin ia ada sedikit perbezaan berbanding yang dilancarkan di China tempoh hari.
Walau apa pun, anda boleh membuat pra-tempah siri OPPO Reno11 ini di mana-mana kedai rasmi OPPO sama ada luar ataupun dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web OPPO Malaysia.
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia