Dalam pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan Tengku Zafrul turut mengumumkan pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20%.
Antara pecahan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut.
- Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
- Diskaun 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Diskaun bagi pinjaman bayaran balik PTPTN ini akan bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.
Dalam pada itu, turut diumumkan adalah pengecualian bayaran balik bagi semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.