Baby Shark Dance kini secara rasminya menjadi video YouTube dengan tontonan tertinggi. Ketika artikel ini ditulis, ia mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 7,048,644,419.
Ia secara tidak langsung telah memintas rekod pegangan oleh video Despacito yang setakat ini hanya mempunyai 7,039,450,529 tontonan.
Baby Shark Dance merupakan lagu kanak-kanak yang disiarkan oleh Pinkfong, sebuah syarikat pendidikan dari Korea Utara.
Ia telah dimuat naik pada tahun 2016 dan mengambil masa sekitar 4 tahun untuk menjadi video paling tinggi tontonannya di YouTube.