Apple kini dilaporkan enggan bersetuju kenaikan harga cip daripada pembekal tunggalnya iaitu TSMC. Menurut laporan Economic Daily News, Apple didakwa telah menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip tahun depan. {suggest} Pada asalnya, dikhabarkan bahawa harga cip TSMC akan dinaikkan tahun depan dengan anggaran kira-kira 6% hingga 9% mengikut proses, tetapi kemudiannya dikhabarkan bahawa terdapat…
Pengarang: Amalina Athman
Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP
Terdahulu, Xiaomi mengumumkan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Oktober nanti. Kini, Xiaomi menyatakan antara peranti yang akan diperkenalkan secara rasmi pada acara itu nanti adalah siri Xiaomi 12T. Tidak hanya itu, melalui poster yang dimuat naik, Xiaomi sekali gus mengesahkan khabar angin sebelum ini, yang mana siri Xiaomi 12T akan dilengkapi sensor kamera…
Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Dalam Kapal Terbang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang, berkuat kuasa serta merta pada hari ini iaitu 28 September 2022. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KKM memaklumkan keputusan itu diambil berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta setelah mengambil kira keperluan terkini. Pihak KKMÂ menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan…
Sebilangan Pengguna Mengadu iPhone 14 Pro ‘Restart’ Ketika Dicas
Sebilangan pengguna kini mengatakan iPhone 14 Pro mengalami masalah yang menjadikan peranti itu restart ketika mengecas menggunakan MagSafe atau Lightning, berdasarkan laporan 9to5Mac. Melalui Reddit, seorang pengguna telah memuat naik hantaran mengenai isu yang berlaku pada iPhone 14 Pro miliknya. Dikatakan masalah tersebut hanya berlaku ketika iPhone 14 Pro dicas, dan sebaliknya apabila pengecas dimatikan. Sementara…
WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama
WhatsApp kini mendedahkan kerentanan kritikal yang telah ditampal dalam versi aplikasi yang lebih baharu, tetapi masih boleh menjejaskan bagi aplikasi dengan versi lama. Menurut butiran yang diterbitkan di halaman WhatsApp Security Advisories, pepijat itu membolehkan penggodam mengeksploitasi dan melaksanakan kod sendiri pada telefon pintar mangsa dalam panggilan video yang ditetapkan. {suggest} Kerentanan yang didedahkan dengan…
Bank-Bank Di Malaysia Akan Laksana 5 Langkah Untuk Tangani Penipuan Kewangan – Persatuan Bank
Dalam perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan yang berlangsung pada 26 September, gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos mengumumkan semua institusi kewangan telah diarahkan untuk mengambil langkah-langkah tambahan untuk memperkukuh perlindungan terhadapan penipuan kewangan. Terbaharu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tiga persatuan yang mewakili institusi perbankan di Malaysia iaitu…