Pada Jun lalu, Digital Chat Station mendakwa cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 (SD8550) akan hadir dengan konfigurasi CPU 1+2+2+3, dengan teras yang terdiri daripada satu Cortex-X3, dua Cortex-A720, dua Cortex-A710, dan tiga Cortex-A510. Bagaimanapun, maklumat terbaharu mendedahkan spesifikasi yang berbeza. {suggest} Menurut tipster terkenal Ice Universe, Snapdragon 8 Gen 2 akan dilengkapi 2 teras Cortex-A715…
Pengarang: Amalina Athman
Google Stadia Akan Ditamatkan Tahun Depan
Setelah beberapa tahun diperkenalkan, Google kini mengumumkan perkhidmatan penstriman permainan video Stadia akan ditamatkan pada 18 Januari 2023. Menurut Google, pihaknya akan membayar balik bagi setiap pembelian perkakasan Stadia yang dibuat melalui Google Play Store serta semua pembelian kandungan permainan dan tambahan yang dibuat melalui Stadia Store. Proses bayaran balik dijangka selesai pada pertengahan Januari…
KPDNHEP Kesan Kegiatan Jual Kad NFC TNG Pada Harga Berlipat Kali Ganda
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad NFC TNG pada harga berlipat kali ganda menerusi platform pasaran dalam talian. Kad NFC dijual pada harga RM10 melalui stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi TnG eWallet dan Lazada. Bagaimanapun, kad tersebut sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sejak…
Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
Sehingga kini, model iPhone 14 Pro Max dilaporkan telah menyumbang kira-kira 60% daripada peningkatan tempahan bagi model ‘Pro’. {suggest} Dengan trend sebegini yang memperlihatkan pengguna lebih memilih untuk membeli model paling mahal, Ming-Chi Kuo menyatakan ia mungkin mendorong Apple untuk menghasilkan lebih banyak perbezaan dari segi penawaran antara model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro…
TSMC Rancang Mahu Naikkan Harga Cip, Apple Dilapor Tidak Bersetuju
Apple kini dilaporkan enggan bersetuju kenaikan harga cip daripada pembekal tunggalnya iaitu TSMC. Menurut laporan Economic Daily News, Apple didakwa telah menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip tahun depan. {suggest} Pada asalnya, dikhabarkan bahawa harga cip TSMC akan dinaikkan tahun depan dengan anggaran kira-kira 6% hingga 9% mengikut proses, tetapi kemudiannya dikhabarkan bahawa terdapat…
Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP
Terdahulu, Xiaomi mengumumkan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 4 Oktober nanti. Kini, Xiaomi menyatakan antara peranti yang akan diperkenalkan secara rasmi pada acara itu nanti adalah siri Xiaomi 12T. Tidak hanya itu, melalui poster yang dimuat naik, Xiaomi sekali gus mengesahkan khabar angin sebelum ini, yang mana siri Xiaomi 12T akan dilengkapi sensor kamera…