ASUS Malaysia hari ini mengumumkan ASUS Chromebook CR11 Flip iaitu sebuah komputer riba ChromeOS untuk pendidikan. Ianya didatangkan dalam bentuk boleh ditukar reka bentuk menjadi sebuah tablet multi sentuh bersaiz 11.6 inci.
ASUS Chromebook CR11 Flip direka tahan lasak dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak.
ASUS Chromebook CR11 Flip turut dihadirkan dengan aksesori stylus. Jadi, pelajar dapat dengan lebih mudah menulis, melakar atau mencatat idea di dalam peranti tersebut.
Garaged stylus sebuah pen pintar mempunyai reka bentuk push-pop dua hala. Terdapat juga butang yang berfungsi untuk mengawal desktop tanpa perlu menyentuh tetikus atau pad sesentuh dan juga boleh berfungsi seperti pemadam.
Mempunyai ketepatan dengan sensitiviti yang mempunyai tahap tekanan sebanyak 4096 dan latensi rendah untuk pengalaman menulis yang luar biasa.

Pada ASUS Chromebook CR11 Flip juga terdapat sistem ASUS Antimicrobial Guard4,5 yang dapat melindungi pengguna daripada jangkitan bakteria atau virus. Tahap kebersihannya pun terjamin dan selamat digunakan oleh kanak-kanak.
Kos penyelenggaraan peranti ini juga tidak terlalu membebankan. Beberapa komponen utama seperti papan kekunci, pad sesentuh dan panel dapat diganti dalam masa beberapa minit sahaja hanya menggunakan alatan asas.
Peranti ini dikuasakan CPU Intel® Processor® 4-core N100 dan kuasa grafik Intel® UHD Graphics. Skrin pula jenis HD (1366 x 768), touchscreen. Jenis bateri 50 Wh, 3-cell Li-ion dengan pengecasan 45W.
ASUS Chromebook CR11 Flip mendapat akses daripada Google for Education termasuk akses penuh untuk Google Play7. ChromeOS dipasangkan untuk mendapat akses Google Workspace seperti Gmail, Docs, Drive, Kalendar, Meet dan yang seumpama dengannya.
ASUS Chromebook CR11 Flip hanya berharga RM 1,789 untuk spesifikasi 4GB LPDDR5 RAM dan storan 32GB eMMC. Manakala 8GB LPDDR5 RAM dan storan 64GB eMMC berharga RM 2,099. Waranti yang diberikan pula adalah selama 1 tahun.
{suggest}
Sumber: ASUS Malaysia
(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)