Selepas diperkenalkan dalam acara CES 2024 yang lepas, ASUS kini telah melancarkan produk komputer riba yang terbaru iaitu ASUS Vivobook Pro 15 OLED (N6506).
Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan disokong oleh GPU NVIDIA GeForce RTX 4060, maksimum memori 24GB DDR5 serta storan 1TB PCIe 4.0.
Selain itu, skrinnya adalah jenis OLED yang diterapkan dengan ciri ASUS Lumina OLED. Ia hadir dengan saiz sebesar 15.6 inci, resolusi 2880 x 1620, kadar segar semula 120Hz dan kadar tindak balas masa 0.2ms.
Baterinya pula berkapasiti 75WHrs yang disokong oleh penyambung kuasa AC 200W.
Ciri-ciri lain yang ditawarkan adalah slot USB-C 3.2 Gen 2, slot USB-A 3.2 Gen 1, HDMI 2.1, bicu audio 3.5mm dan kamera 5.0M.
{suggest}
Walaupun ketersediannya di pasaran Malaysia belum lagi diketahui, harga bagi ASUS Vivobook Pro 15 OLED ini adalah £1,599.99 (~RM8,936.17).
Sumber: ASUS