ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran model komputer riba terbaru mereka bagi siri ExpertBook iaitu ASUS ExpertBook B5 OLED.
ASUS menyatakan bahawa komputer riba mereka ini adalah model 16 inci yang paling ringan di dunia iaitu hanya seberat 1.4kg sahaja.

ExpertBook B5 OLED ditawarkan dari cip pemprosesan Intel Core i7 vPro, kuasa grafik dari INTEL Arc A350M, paparan OLED 16 inci, WQUXGA (3840 x 2400), sokongan RAM sehingga 40GB dan sokongan sehingga 2x storan M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.
Malah bateri ExpertBook B5 OLED ini juga ASUS nyatakan bahawa ia mampu beroperasi sehingga 14 jam dengan sekali cas penuh.
Selain daripada ExpertBook B5 OLED, ASUS turut membawa masuk sebuah lagi komputer riba ke dalam pasaran tempatan iaitu ExpertBook B5 Flip OLED.
Juga dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 16 inci tetapi dengan ciri sentuh, engsel paparan ExpertBook B5 Flip OLED membolehkan ia dilipat 360° yang memberikannya fleksibiliti ketika bekerja.

ASUS ExpertBook B5 OLED (B5602CV) boleh didapati daripada RM8,099, manakala ExpertBook B5 Flip OLED (B5602FB) pula akan dijual pada harga RM7,699.
Semua model ASUS ExpertBooks dilindungi oleh Waranti Global selama 3 tahun, jaminan bateri 3 tahun dan Waranti Sempurna 1 tahun.
Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang kedua-dua model komputer riba ASUS terbaru ini, layari laman rasmi ASUS.
{suggest}
Sumber: Siaran Media ASUS
(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)