Jenama teknologi terkenal, ASUS secara senyap telah mengumumkan monitor gaming ASUS ROG Strix XG32VC di laman sesawang rasmi mereka.
Monitor itu hadir dengan skrin bersaiz 32 inci serta resolusi 2560×1440 WQHD dan menggunakan panel VA. Ia merupakan monitor yang melengkung dengan lengkungan 1800R.
Selain itu, ia mampu memaparkan nisbah kontras sebanyak 3000:1 dan mendapat penarafan HDR 400. Ia juga menyokong kadar segar semula 170Hz dan 1ms MPRT masa tindak balas serta kecerahan 400 cd/m2.
Tambahan lagi, panel ini mempunyai 125% sRGB dan menggunakan format warna 90% DCI-P3 selain dilengkapi dengan panel 10-bit dimana ia mampu memaparkan warna yang cantik.
Disebabkan ini merupakan monitor gaming, ia juga menyokong AMD Freesync dan Nvidia G-Sync. Turut dilengkapi dengan port HDMI 2.0, DisplayPort 1.2, USB-C dan bicu audio 3.5mm.
Buat masa sekarang, ASUS masih belum menyatakan harga jualan bagi monitor ini.
Sumber: Tomshardware, ASUS