Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS Security Response 16.5.1 (a) untuk pengguna iOS 16.5.1. Terbaharu, Apple dilaporkan telah menarik balik kemas kini tersebut.
{suggest}
Dalam kemas kini bersaiz kecil iaitu 2.7 MB, ia menyediakan tampalan keselamatan untuk menangani kerentanan yang dipercayai telah dieksploitasi secara aktif di WebKit.
Namun, Apple telah menarik balik kemas kini keselamatan itu. Ia dipercayai susulan beberapa laman web, termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan Zoom yang tidak dipaparkan dengan betul pada pelayar Safari, selepas melakukan kemas kini tersebut.
Apple has pulled the Rapid Security Responses released earlier today.
There are reports on the MacRumors forums that it broke certain apps such as Facebook, Instagram, Zoom to name a few.
— Aaron (@aaronp613) July 11, 2023
Seorang pengguna di forum MacRumors menyatakan ia mungkin disebabkan user agent di Safari telah ditukar untuk memasukkan ‘(a)’, yang menjadikan sesetengah laman web tidak berfungsi sepenuhnya.
Apple juga telah mengesahkan mereka sedia maklum dengan perkara itu. Menurut Apple, Rapid Security Response iOS 16.5.1 (b) akan tersedia tidak lama lagi untuk menangani isu tersebut.
Sementara itu, jika telah memasang kemas kini RSR (a) dan ingin membuangnya, pergi ke Settings > General > About dan klik pada “iOS Version”. Kemudian tekan “Remove Security Update” dan “Remove” untuk mengesahkan.
Sumber: MacRumors
Kemas kini: Tambahan kenyataan Apple.