Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple “Payung” Globalstar Lebih RM1 Bilion Dalam Kontrak Pelancaran Dengan SpaceX

Posted on September 5, 2023September 5, 2023

Pengendali jaringan satelit, Globalstar telah membeli pelancaran roket daripada SpaceX dengan nilai pembelian sebanyak USD64 juta (~RM300 juta).

psn satria-1 spacex

Pelancaran tersebut adalah untuk menghantar 17 satelit baharu ke orbit rendah Bumi bagi menggantikan jaringan satelit Globalstar yang sedia ada.

Globalstar juga membelanjakan USD327 juta (~RM1.522 bilion) dalam perjanjian pembelian dengan MDA dan Rocket Lab untuk sistem satelit dan casis spacecraft.

Walau bagaimanapun, Apple membayar balik 95% daripada kos berkaitan satelit, termasuk pelancaran. Tidak lupa juga melabur USD252juta (~RM1.173 bilion) dalam perbelanjaan pendahuluan Globalstar dan penambahbaikan rangkaian stesen Bumi.

Sebagai gantinya, Apple ingin menggunakan 85% daripada kapasiti dan kemampuan jaringan satelit Globalstar.

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa Apple sememangnya tekad dan sungguh dalam menawarkan dan menambah baik ciri komunikasi satelit dalam peranti iPhone nya.

Untuk pengetahuan anda, SpaceX juga dikatakan sedang membangunkan pelan komunikasi satelitnya melalui jaringan satelit SpaceX yang sedia ada.

Perjanjian dan kerjasama ini mencerminkan penguasaan SpaceX dalam pelancaran orbit dan persaingan antara SpaceX dan Globalstar dalam sektor komunikasi satelit.

Beli Peranti Apple di Shopee – https://invl.io/cljqqqt

Beli Peranti Apple di Lazada – https://invol.co/cljqqr5

{suggest}

Sumber: Techcrunch

Gambar utama: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress