Menurut The Information, Apple kini dilapor telah meminta pengeluaran iPhone 14 Plus dihentikan sementara bagi menilai semula permintaan produk itu.
{suggest}
Syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California itu dikhabarkan telah memberitahu sekurang-kurangnya satu pengeluar di China untuk menghentikan serta-merta pengeluaran komponen iPhone 14 Plus, sementara pasukannya menilai semula permintaan produk itu, yang mana Apple telah meletakkannya sebagai alternatif lebih murah untuk model iPhone dengan skrin yang lebih besar.
Laporan baharu itu menunjukkan bahawa pengguna lebih memilih model yang lebih mahal di antara dua iPhone berskrin besar. Ia mungkin disebabkan penawaran yang lebih baik bagi iPhone 14 Pro Max berbanding iPhone 14 Plus.
Several media outlets today have been crticial the iPhone Plus production cut story. Let me explain in a thread why it's solid (1/x)https://t.co/rlRZ0O0M9X
— Wayne Ma (@waynema) October 18, 2022
Walaupun terdapat tanda-tanda awal permintaan yang lemah untuk model “Plus”, The Information melaporkan bahawa Apple masih berhasrat untuk meneruskan model tersebut bagi siri iPhone 15 kelak.
Buat masa ini, CNBC menyatakan Apple enggan mengulas mengenai laporan itu.
Sumber: CNBC