Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori FineWoven, menurut dakwaan peniris Apple yang dikenali sebagai “Kosutami”.
{suggest}
Menerusi platform X, Kosutami menjelaskan bahawa Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana ketahanannya yang tidak memuaskan.
Tambahnya lagi, syarikat itu mungkin beralih kepada bahan bukan kulit yang lain untuk aksesori premium produk Apple.
FineWoven has gone.
Since its durability were bad.
All the production line was stopped and removed.
Apple would move to another material—Again, not the leather.So see ya'll in leather hell.
(Recycling Company) pic.twitter.com/KVaBZC6z6S— Kosutami (@Kosutami_Ito) April 21, 2024
Untuk makluman, Kosutami mempunyai rekod yang agak baik dalam membocorkan rancangan Apple.
Sebelum ini, dia telah mendedahkan butiran tepat dan imej aksesori FineWoven, serta tali jam Apple Watch yang diperbuat daripada “bahan fabrik tenunan” lebih sebulan sebelum ia dilancarkan.
Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori berasaskan kulit pada September tahun lalu dan menggantikannya dengan bahan “FineWoven” yang lebih mesra alam – dikatakan sebagai sejenis fabrik yang mewah dan tahan lama.
Namun begitu, sejumlah pengguna sebaliknya memberikan maklum balas bahawa aksesori tersebut mempunyai ketahanan yang teruk dan kualiti yang mengecewakan.
Sekiranya benar Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori FineWoven, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum stok sedia ada akan mula berkurangan.