Apple hendak memperkenalkan AI bukan sahaja untuk Siri, tetapi juga untuk sistem operasinya yang utama iaitu iOS. Eksekutif tertinggi Apple, John Giannandrea, Craig Federighi, dan Eddy Cue mengetuai projek untuk meningkatkan kualiti kecerdasan buatan (AI) syarikat.
Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, projek tersebut memakan modal sebanyak $1 bilion. Majoriti rakan teknologinya seperti Microsoft, Meta, Google dan Amazon telah maju kehadapan dalam teknologi AI lebih-lebih lagi apabila OpenAI ChatGPT dilancarkan tahun lepas.
Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemampuan AI dalam Siri. Mereka mensasarkan Siri versi AI dapat diperkenalkan tahun hadapan.
Craig Federighi, eksekutif yang menyelia pembangunan iOS untuk iPhone dan MacOS untuk MacBook sedang berusaha mengintegrasikan AI dalam sistem pengendalian syarikat.
Mereka juga ingin menumpukan pada ciri yang dikuasakan oleh Apple’s large language model (LLM) yang dikenali sebagai AppleGPT. Model ini juga dikatakan menggunakan sejumlah besar data untuk memperhalusi keupayaan AI.
Sistem AI yang sedang dibangunkan ini dijangka dapat meningkatkan cara Siri dan aplikasi Messages berinteraksi dengan pengguna.
Pasukan kejuruteraan perisian syarikat Apple sedang mempertimbangkan gabungan AI generatif ke dalam alat pembangunan seperti Xcode. Kaedah ini dapat mempercepatkan pembinaan aplikasi dan mirroring services seperti Copilot GitHub Microsoft.
Pasukan Eddy Cue memperhalusi kaedah penggabungan AI dengan seberapa aplikasi yang ada seperti Apple Music. AI generatif juga sedang diusahakan untuk aplikasi seperti Pages atau Keynote.
Tujuannya adalah untuk membantu pengguna menulis atau membuat slide decks secara automatik. Selain itu, AI generatif juga sedang diuji dalam aplikasi AppleCare.
{suggest}
Sumber: Business Today