Baru-baru ini, platform penstriman Twitch telah mengadakan satu sesi perbincangan secara langsung secara dalam talian di halaman Twitch mereka sendiri bagi menampilkan beberapa ciri kemas kini terbaru yang akan dilancar tidak lama lagi.
Salah satu daripadanya yang menarik perhatian ramai adalah kemas kini aplikasi untuk kegunaan peranti mudah alih yang mana menawarkan butang ‘Discovery Feed‘ seakan-akan ciri di TikTok.
Menurut Jess Sung selaku Pengurus Produk, pembaharuan ini dilakukan bagi mendedahkan penonton dengan lebih banyak kandungan serta membantu penstrim untuk lebih mudah mendapat penonton.
Hal ini kerana pihak Twitch mendapati bahawa pengguna aplikasi yang sedia ada hanya akan membuka Twitch apabila notifikasi siaran langsung daripada penstrim yang diikuti mereka muncul.
Oleh itu, pihak mereka mengadakan ciri tersebut yang disertakan sekali di dalamnya dua bahagian iaitu ‘Lives‘ dan ‘Clips‘ dengan cara menatal.
Selain itu, ciri memberi komen secara terus daripada penonton melalui paparan Discovery Feed masih lagi diusahakan.
Ciri ini pula dijangka akan dilancarkan sepenuhnya kepada pengguna pada akhir bulan April 2024 ini.
{suggest}
Sumber: Twitch