Selepas ketidakberkesanan Google Play Movies & TV di Android TV yang dikuatkuasakan pada bulan Oktober yang lalu, pihak Google kini menegaskan bahawa mereka akan tamatkan perkhidmatan Movies & TV secara keseluruhan pada 17 Januari 2024 di dalam kenyataan Google Support.
Perkhidmatan ini tidak lagi akan tersedia pada mana-mana peranti Android TV atau pun laman web Google Play Store selepas tarikh itu.
Sehubungan dengan itu, pengguna perkhidmatan Movies & TV yang lama masih lagi boleh mengakses filem yang telah dibeli dan disewa oleh mereka daripada perkhidmatan itu melalui peranti Android TV, Google TV dan aplikasi mudah alih Google TV untuk peranti Android mahupun iOS.
Jika anda tidak memiliki sebarang peranti Android TV, anda juga turut disediakan alternatif lain untuk menonton filem iaitu dengan mengakses youtube.com/movies sebagai platform pengganti bagi simpanan filem anda.
{suggest}
Sumber: 9to5Google