Peranti Pixel boleh dikategorikan antara telefon pintar yang mempunyai elemen fotografi yang baik disebabkan oleh aplikasi Google Camera yang hanya boleh didapati dalam telefon pintar siri Pixel sahaja. Sehubungan dengan itu, Google kini telah menggantikan namanya kepada Pixel Camera.
Selain daripada pertukaran nama, Pixel Camera juga telah memperkenalkan ciri baharu seperti Cinematic Blur. Namun begitu, Pixel 8 Pro akan mendapat ciri kamera eksklusif seperti foto resolusi tinggi 50mp dan kawalan Pro.
Di samping itu, versi terbaru Pixel Camera ini hanya untuk peranti Pixel yang menjalankan Android 14 dan ke atas sahaja yang mana buat masa sekarang hanya Google Pixel 8 dan Google Pixel 8 Pro sahaja.
Selain itu, banyak perubahan dari sudut antara muka pengguna dan kawalan dalam versi 9.1 ini.
Dalam pada itu, Pixel Camera untuk jam tangan Wear OS juga hanya berfungsi untuk Wear OS 3 dan ke atas sahaja apabila disambungkan ke telefon pintar Pixel.
{suggest}
Sumber: Android Authority, 9to5Google