FUJIFILM Malaysia pada hari ini telah melancarkan aplikasi FUJIFILM XApp yang boleh diguna dan diselaraskan dengan siri kamera digital siri GFX dan X.
Aplikasi itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, Kensuke Aragane.
Aplikasi XApp ini mampu menghubungkan kamera digital yang ada Wi-Fi dengan telefon pintar pengguna. Oleh itu, pengguna boleh melakukan penangkapan gambar secara jarak jauh, pemindahan imej dan tontonan daripada peranti anda.
Benar, anda boleh menyemak paparan langsung kamera anda hanya melalui aplikasi XApp ini sahaja. Selain itu, XApp boleh memaparkan maklumat penting seperti jenis kamera, kanta yang digunakan dan lokasi penggambaran pengguna.
Tambahan lagi, Fujifilm telah mempertingkatkan kestabilan dan kelajuan teknologi komunikasi tanpa wayar mereka. Jadi, pengalaman penggunaan anda akan lebih cekap dan memudahkan.
{suggest}
Anda boleh memuat turun aplikasi FUJIFILM XApp melalui pautan di bawah:
Google Play Store: Klik sini
Apple App Store: Klik SiniĀ