Baru-baru ini, Crunchyroll yang merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penstriman memfokuskan animasi Jepun telah mengesahkan bahawa aplikasi web dan mudah alih mereka yang menyediakan perkhidmatan pengedaran manga digital, Crunchyroll Manga, akan tamatkan perkhidmatannya pada 12 Disember 2023.
Kenyataan ini telah disahkan dengan ANN (Anime News Network) pada hari Jumaat yang lepas. Crunchyroll mengambil keputusan sedemikian kerana pihak mereka mahu memberi komitmen yang penuh kepada penyediaan episod anime kegemaran peminat.
Bagi pengguna yang mengikuti perkembangan Crunchyroll melalui e-mel, pihak mereka pernah menyatakan bahawa manga digital mereka tidak akan lagi beroperasi selepas 7 November 2023. Namun, perkhidmatannya masih lagi tersedia sehingga pemberitahuan yang terkini.
Untuk peminat yang masih mengikuti perkembangan manga di aplikasi Crunchyroll, anda boleh ke laman rasmi Crunchyroll Store yang menawarkan lebih 17,000 manga dengan pelbagai genre.
{suggest}
Sumber: Anime News Network