Semalam CIMB Malaysia telah mula mengeluarkan kemaskini terbaru untuk aplikasi perbankan atas talian CIMB Clicks bagi platform Android.
Aplikasi tersebut terlebih dahulu ditawarkan kepada pengguna iOS dan ia membawa beberapa perubahan besar.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan adalah:
- Sokongan pengimbas cap jari untuk log masuk akaun
- Antaramuka yang lebih mesra pengguna
Sebelum log masuk, anda diberikan pilihan untuk memilih jenis servis yang mana ia bakal menjimatkan masa penggunaan. Pilihan tersebut adalah;
- Lihat Akaun
- Lihat baki secara pantas
- Pemindahan wang
- Pembayaran bil
- JomPAY
Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut dilihat agak kurang stabil buat masa ini dimana terdapat sedikit masalah ketika log masuk sama ada menerusi pengimbas cap jari mahupun isian kata laluan.
Diharap pihak CIMB Clicks dapat menambahbaik perkara ini kerana kemaskini terbaru ini tampak lebih ringkas dan mudah digunakan.
Kemaskini CIMB Clicks di Android anda sekarang.
Sumber: CIMB Malaysia