Pembangun aplikasi pelayar Firefox, Mozilla dalam laporan terkini ‘Firefox Public Data Report‘ terus menunjukkan penurunan pengguna globalnya.
Berdasarkan graf yang dikongsikan oleh Mozilla sehingga 1 Ogos 2022, jumlah pengguna aktif Firefox adalah seramai 192,623,500 pengguna sahaja.
Jumlah itu adalah yang terendah sejak 31 Disember 2019 dahulu di mana mereka memiliki pengguna aktif seramai 244,248,100 pengguna.
{suggest}
Berdasarkan data terkini dari laman analisis Statcounter pula menunjukkan, penguasaan pelayar Firefox di peringkat global adalah sebanyak 3.3% sahaja.
Ia menurun berbanding sebelum ini di mana Firefox menguasai sebanyak 3.45% pada tahun 2021 lalu bagi tempoh yang sama.
Pasaran aplikasi pelayar dunia masih dikuasai oleh pelayar Chrome iaitu sebanyak 65.14%. Jauh meninggalkan aplikasi-aplikasi pelayar utama yang lain iaitu Safari (18.82%), Edge (4.11%), Firefox (3.3%), Samsung Internet (2.95%) dan Opera (2.12%).
Sumber: Firefox Public Data Report, Statcounter Global Stats