Memetik laporan daripada bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan syarikat gergasi teknologi Google hari ini secara dalam talian.
Walau bagaimanapun, butiran perbincangan dengan lebih lanjut semasa pertemuan tersebut tidak didedahkan. Namun, Anwar mengatakan yang pelabur asing sentiasa berminat untuk melabur di Malaysia.
Terdahulu, Microsoft telah mengumumkan pelaburan sekitar RM10.5 bilion di Malaysia untuk infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI).
Dalam perkembangan lain, Anwar turut berkata yang Arab Saudi meyatakan komitmen mereka untuk pelaburan lain di Malaysia melalui syarikat gergasi tenaga boleh baharunya selama 10 tahun di sini.
Walau apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut hasil pertemuan di antara Google dan juga Perdana Menteri Malaysia.
{suggest}
Sumber: bernama