Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat

Posted on Januari 17, 2023Januari 17, 2023

Netflix telah melancarkan sebuah kemas kini baharu untuk pengguna iOS dan ia telah mengubah antara muka aplikasi tersebut.

Antara muka untuk aplikasi iPhone hadir dengan ciri baharu dan lebih banyak animasi untuk setiap leretan.

Selain itu, tumpuan utama dari kemas kini ini ialah kesan parallax yang akan menggerakkan elemen imej setiap kali pengguna menggerakkan telefon mereka.

This last year, I’ve been leading a UI refresh to make Netflix feel more fluid, delightful, and polished.

Today, all that work shipped!

Huge thanks to @nebson and @b3ll for helping bring this to life ❤️

Details below, but try it out yourself! pic.twitter.com/cZFb7c42Fd

— Janum Trivedi (@jmtrivedi) January 16, 2023

Ini merupakan perubahan yang hadir dengan kemas kini Netflix yang terbaru :

  • Lampiran billboard yang baharu dan boleh diinteraksi setiap kali telefon digerakkan.
  • Latar belakang yang lebih cantik dengan kecerunan warna mengikut imej filem yang dipilih.
  • Transisi kad yang boleh diinteraksi sepenuhnya.
  • Animasi untuk setiap kali profil ditekan atau ingin memulakan mana-mana rancangan yang ingin ditonton.

{suggest}

Syarikat ini juga akan memberi lebih perhatian kepada aplikasi tersebut jadi pengguna dapat menjangkakan antara muka yang baharu dan menarik untuk tvOS selepas ini.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress