Pada awal bulan yang lepas, Google Maps telah mengeluarkan warna corak baharu untuk reka bentuk dalaman aplikasi itu yang dikatakan akan menjadikannya lebih meriah daripada versi yang lama.
Antara perubahan yang kelihatan ketara dalam pembaharuan ini adalah warna hijau yang lebih terang digunakan untuk melabel taman dan alam semula jadi. Selain itu, warna kelabu pula digunakan bagi melabel jalan raya dengan initiatif untuk membezakan laluan lintasan belang yang dilabel dengan warna putih.
Seiring dengan lebuh raya yang dahulunya menggunakan warna kuning telah diganti dengan warna kelabu gelap.
Dengan pelancaran baharu yang melibatkan seluruh aplikasi Google Maps di platform web, Android dan iOS, ia juga akan dikeluarkan untuk penggunaan Android Auto.
Berdasarkan gambar di atas, paparan Google Maps untuk Android Auto dilaraskan bagi menampilkan panduan jalan yang lebih sejuk dan sesuai untuk rujukan dan pandangan pengguna semasa memandu.
{suggest}
Sumber: 9to5Google