Antara salah satu masalah yang akan dihadapi oleh telefon pintar setelah digunakan dalam jangka masa yang lebih dari jaminan kemas kini perisian adalah tahap kesihatan bateri.
Hal ini kerana sifat sesuatu bateri itu telah ditetapkan akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa seperti pengurangan kapasiti pengecasan maksimum dan kadar waktu penggunaan peranti selepas satu sesi pengecasan.
Oleh yang demikian, individu yang tekad menggunakan sesuatu peranti itu untuk jangka masa yang lama, mereka akan mencari satu kaedah atau ikhtiar yang membolehkan mereka memerhati keadaan bateri peranti mereka.
Sehubungan dengan itu, Google telah memperkenalkan satu ciri tetapan yang membolehkan penggunanya memerhati keadaan bateri bagi peranti Pixel yang dilengkapi dengan Android 14.
Dengan paparan tarikh pengilangan dan bilangan kitar bateri, pengguna dapat mengambil langkah awal untuk menukar bateri selepas 300 hingga 500 kitaran pengecasan yang dijangka mengambil masa 2 atau 3 tahun penggunaan.
Tambahan lagi, kemas kini Android 14 QPR2 Beta 2 untuk peranti Pixel telah mewujudkan satu paparan khas untuk bateri yang hanya boleh diaktifkan secara manual melalui Settings dan Battery.
{suggest}
Sumber: Android Authority