Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Anda Pengguna Aplikasi Tealive? Ikuti Cara Ini Untuk Dapat Harga Murah

Posted on Oktober 11, 2023Oktober 24, 2023

Siapa peminat Tealive? Anda perlu meneruskan pembacaan artikel ini sebab saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan potongan harga bagi setiap satu pembelian.

Minuman Hanya RM5

Antaranya, anda boleh mendapatkan baucar “1 cup for only RM5”. Maksud baucar tersebut bukanlah anda akan mendapat harga RM5 bagi satu cawan. Sebaliknya, anda akan mendapat potongan harga sebanyak RM5 bagi setiap satu cawan air yang dibeli. Pengguna juga tidak boleh menggunakan semula baucar yang telah ditebus.

Baucar Hari Lahir

Kredit: PnSyuhaida | Lemon

Selain itu, terdapat juga baucar hari lahir. Anda boleh menggunakan baucar tersebut pada tanggal hari lahir anda. Para pengguna akan mendapat potongan harga sebanyak RM7.70 bagi setiap pembelian.

Promosi Untuk Ahli Tealive

Bagi para pengguna Tealive AppsĀ juga, anda secara automatik akan mendapat membership Tealive. Anda boleh menebus tawaran yang diberikan pada setiap hari khamis jam 3 p.m hingga 6 p.m.

Anda boleh mendapatkan potongan harga bagi setiap pembelian yang lebih daripada satu dengan hanya imbas kod bar membership yang terdapat pada aplikasi tersebut.

Cara Menebus Mata Ganjaran

Anda juga boleh mendapatkan mata (point) daripada setiap pembelian dengan mengimbas kod bar membership. Mata tersebut boleh digunakan untuk tebus baucar yang terdapat pada The Voucher Shop seperti baucar “1 Free Topping”, “1 Free Drink Upsize”, “1 Free Tealive Popcorn Chicken” dan lain-lain.

Dapat Tahu Menu Terbaharu

Anda juga boleh mengetahui menu terbaharu yang telah atau bakal keluar melalui aplikasi Tealive. Contohnya, menu refreshingly real fruits yang baru keluar pada pertengahan september lalu.

Menu ini memperkenalkan 3 jenis air yang berasaskan buah iaitu cream cloud smoothie, sparkling fruit tea dan fruit juices. Bagi penggemar air buah, saya yakin anda pasti akan menyukai menu baharu ini kerana anda akan dapat merasakan rasa buah yang asli.

Jadi, untuk penggemar Tealive. Anda perlu segera memuat turun aplikasi Tealive di App Store dan Google Play supaya anda boleh mendapatkan pelbagai faedah dan kelebihan yang tersedia dalam aplikasi tersebut.

{suggest}

Sumber: Tealive Apps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress